PK PK

November 7th, 2007 by domo68

Jangan rasa pelik dengan tajuk tu … sebenornya itu singkatan kepada fikir-fikir. Aku ni memang seorang yang suka hal fikir memikir ni. Sebab di dalam Islam amat digalakkan untuk berfikir supaya iman kita semakin kuat dengan memikirkan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah dan ciptaannya. Jadi semasa ‘surfing‘ di alam maya aku bertemu dengan satu laman web yang mengandungi pelbagai artikel tentang Creative Mind atau dalam BMnya Minda Kreatif.

Memandangkan aku pun dah lama tak update blog ini, maka aku pun terus create & submit post ini. Banyak juga yang boleh aku tulis tetapi memandangkan kesibukan masa dan ditambah mood yang tidak menentu, maka malas aku mengemaskini blog di laman Friendster ini.

Berbalik kepada artikel-artikel berkenaan Minda Kreatif tadi, aku galakkan pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat semua pergilah ke laman web tersebut. Kalau malas baca secara online, bacalah secara offline. Macam mana tu? Tak tahu macam mana nak baca offline? Save artikel tersebut, tak kiralah samada webpagenya atau copy & paste ke dalam MS Word dan save, kemudian baca bila ada masa terluang dan tenang-tenang. Baca dari print out pun boleh terutamanya masa-masa menunggu tu ..

Apa linknya?? Berikut ini linknya … http://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_webresources.htm

kalau ada masa nak juga kau buat terjemahan, tetapi almaklumlah. Masa hujung minggu aku sekarang banyak dihabiskan untuk aktiviti catur anak-anak aku.

Oh ye! Berkenaan catur atau chess in English. Kepada yang berminat moh kita sertai pertandingan yang banyak diadakan di Malaysia terutamanya di Lembah Kelang. Bagus catur ini, untuk melatih dan memperbaiki minda supaya berfikir dengan baik. Terutamanya kepada yang ada anak. Ajar dan masukkanlah anak-anak kita ke pertandingan catur. Terisi juga anak-anak kita dengan aktiviti berfaedah.

Cukup dulu setakat ini .. Jumpa lagi di lain waktu ..

SELAMAT HARI RAYA!

October 22nd, 2007 by domo68

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT.

SEMOGA RIANG RIA DI BULAN SYAWAL MERAYAKAN KEMENANGAN SETELAH MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN.

Kad_raya_2007

EPL Sudah Bermula

August 12th, 2007 by domo68

Kepada peminat-peminat EPL - English Premier League, ramai yang sudah tersenyum kerana setiap hujung minggu akan terisilah aktiviti mereka. Apatah lagi jika pasukan pilihan mereka menang permainan. Pada hujung minggu ini, ramai yang tersenyum dan ramai yang terkilan dengan keputusan-keputusan perlawanan EPL.

Sudah sepastinya di antara yang tersenyum adalah penyokong pasukan Chelsea, termasuklah aku, kerana 1) Chelsea menang walaupun Birmingham City cuba mencabar 2) MU hanya seri dengan Reading, sebuah pasukan kerdil. Ini bermakna Chelsea ada 2 mata "advantage". Maka peluang untuk merampas kejuaraan EPL dari MU bermula dengan petanda baik.

Permainan Chelsea juga sangat menarik. Walaupun beberapa tunggak utama seperti JT, Makalele dan Ballack tidak dapat bermain. Malouda bermain sangat baik. Begitu juga dengan Pizarro yang bermula dengan baik.

Selain Chelsea, keputusan perlawanan Sunderland "the underdog" dan Newcastle juga mendapat keputusan yang memberansangkan. Aku teruja untuk mengikuti perkembangan Newcastle kerana ingin tahu bagaimana Big Sam boleh boleh membimbing pasukannya. Bagiku beliau merupakan seorang "manager" dan "coach" yang bagus dan berkaliber. Selain itu aku juga ingin mengikuti perkembanngan Owen, salah seorang pemain yang aku minati.

"GO CHELSEA GO!" :)-

CHELSEA .. in the semi final of FA Cup

March 20th, 2007 by domo68

It was a very joyous early morning yesterday after Chelsea won an FA Cup replay game againts Tottenham Hotspur. The score was 2 - 0. I am praying that Chelsea win the next semi-final game and meet Man U in the final. What a match it will be. Chelsea is going to pursue the second trophy this season. Chelsea .. Chelsea .. Chelsea .. Am I offending any Man U fan out there?? :)-

Nasib Pelajar-Pelajar Melayu

March 20th, 2007 by domo68

Setelah membaca pelbagai  pandangan dan pendapat tentang isu pelajar-pelajar Melayu kini yang dikaitkan dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan di sebuah komuniti yahoo, aku teruja untuk mengeluarkan pandanganku pula. Pandanganku adalah seperti berikut:

terpanggil saya untuk memberi pandangan dalam isu ini.

bagi saya dua perkara pokok yang sudah semakin hakis

yang menyebabkan isu ini berlaku adalah :

1) BUDAYA MEMBACA
2) BUDAYA BERFIKIR

kerana dua perkara pokok atau dasar di atas yang telah

"NEAR TO ZERO" di kalangan anak-anak melayu dewasa ini

maka berlakulah kepincangan-kepincangan seperti yang

telah dinyatakan.

usaha-usaha sukarela semua pihak dan individu  - guru,

ibubapa, profesional dsbnya amat murni dan diperlukan.

tetapi jika dua perkara pokok di atas tidak ada

terutamanya di kalangan anak-anak melayu maka amatlah

malang dan sayang usaha-usaha tersebut.

jika semua pelajar2 melayu di institusi tinggi memiliki

dua perkara pokok di atas, maka tidaklah akan berlaku

senario2 yang telah dinyatakan. kebanyakan rakan2 yang

sebaya atau lebih tua dari saya (39thn) mempunyai

ibubapa yang lansung tidak faham tentang sistem pointer,

semester dan berkaitan universiti .. malahan ada yang

tidak tahu pun mengeja perkataan ‘universiti’, tetapi ia

tidak menghalang pelajar2 melayu generasi ini dari

berjaya di universiti dan dalam bidang pekerjaan. sebab

apa?? sebab ada ‘budaya membaca’ dan ‘budaya berfikir’.

dengan berfikir mereka boleh motivasikan diri. dengan

keupayaan berfikir, mereka sedar tentang perlu konsisten

dalam pembelajaran di universiti dll lagi.

dari kedua budaya ini maka lahirlah karekter dan ciri

orang yang berjaya - daya saing, pandai menonjolkan

keupayaan, berani bersuara, observant, bijak dalam

menyempurnakan tugasan dll lagi.

maka, usaha-usaha untuk memperbaiki dua perkara pokok

ini perlulah difikir, dirancang, dijana, dicari,

dibincang dan yang paling penting dilaksana dan diusaha.

barulah nasib anak melayu kembali pulih.

In Her Shoes

March 12th, 2007 by domo68

Just finished watching ‘In Her Shoes’ movie shown in Astro, the Malaysian cable tv, starring Cameron Diaz, Toni Collette and Shirley MacLaine. The 2005 movie is about a love hate relationship of sisters, Rose and Maggie, who have opposite characters. Maybe due to the fact that every one of my family members have gone to bed and I can concentrate watching it, the movie really has deep impacts on me.

The movie also shows that how a grand mother with the help of her senior friends has changed her long-time-no-see troublesome grand daughter into a good and nice young girl. The girls and their grand mother have to get to know each other again.

Another great thing about the movie is the poem of EE Cummings entitled ‘I Carry Your Heart With Me’ that really has impressed me a lot. The poem tells about the real meaning of true love.

i carry your heart with me

i carry your heart with me(i carry it in
my heart)i am never without it(anywhere
i go you go,my dear; and whatever is done
by only me is your doing,my darling)
i fear
no fate(for you are my fate,my sweet)i want
no world(for beautiful you are my world,my true)
and it’s you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you

here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;which grows
higher than the soul can hope or mind can hide)
and this is the wonder that’s keeping the stars apart

i carry your heart(i carry it in my heart)

ee cummings

180pxeecumming

(Source : http://www.poemhunter.com/poem/i-carry-your-heart-with-me-2/)

The translation of the poem in Malay is as the following :

Kubawa hatimu bersama diriku

aku bawa hatimu bersamaku (kubawa ia di dalam hatiku)
tidak pernah daku tanpanya (ke mana jua
ku pergi kau jua pergi, sayangku; apa jua yang kulakukan
adalah apa jua yang kau lakukan, intanku)
aku takut
tiada takdir (kerana kau adalah takdirku, permataku) aku
tidak mahu dunia (kerana kau adalah duniaku)
dan kau adalah umpama bulan dan kau adalah bagai matahari yang bernyanyi

ini adalah suatu rahsia yang tiada seorang pun tahu
(ini adalah paksi segala paksi dan   dan langit segala
langit sebatang pokok yang bernama kehidupan; yang tumbuh lebih tinggi dari jiwa yang bisa mengharap atau
fikiran yang bisa sembunyi) dan ini adalah keajaiban yang membuatkan bintang-bintang berjauhan

Aku bawa hatimu (Kubawa ia di dalam hatiku)

FA Cup 2007 Semifinal - Chelsea vs Tottenham

March 12th, 2007 by domo68

What a game? My adrenalin was pumping hard especially when Chelsea trailing by 2 goals. I salute the special one, Jose Maurinho. At first, I thought the first substitution was a mistake. But at the end what he strategized work allright. The recovery had been done. As a Chelsea fan I fancy a treble this season. I strongly believe Chelsea can go all the way winning the Champions League as well as the FA Cup. Bravo Chelsea. Other club supporters especially Man U and Liverpool, please don’t be jealous .. he he he ..

For Love of The Game

March 11th, 2007 by domo68

Semalam aku menonton beberapa filem di Astro. Filem yang agak menyentuh emosi aku ialah ‘For Love of The Game’ lakonan Kevin Costner dan Kelly Preston. Ini sebuah filem dah lama sebenarnya, kira-kira 8 tahun yang lalu. Biasalah kan .. kat Astro banyak filem-filem dahulukala yang ditayangkan .. mungkin disebabkan kos murah

Entah kenapa filem tersebut agak mengemosikan diriku. Mungkin ada perkaitan dengan diriku .. he he .. Filem tersebut sebenarnya adalah berkaitan dengan watak utamanya Billy Chapel, seorang pemain baseball pasukan Detroit Tigers. Beliau menghampiri usia 40 tahun, macam akulah tahun depan nak masuk 40 .. dah nak Midlife crisis lah tu agaknya, dan sedang dalam dilema untuk bersara setelah bergelumang selama hampir 20 tahun dalam liga baseball.

Kevin Costner, sebagai seorang pelakon yang berbakat, sungguh berjaya menghayati wataknya dengan pelbagai karakter dan cabaran-cabaran dalam hidupnya terutama sekali berkenaan kisah cintanya yang berkonflik dengan cintanya terhadap baseball. Begitulah Hollywood, dengan garapan plot cerita atau story line yang menarik, pengarah yang bagus dan pelakon-pelakon gred A seperti Kevin Costner dan Kelly Preston, isteri John Travolta, filem-filem mereka sangat bagus.

Di harap Malaysia juga mampu membuat filem-filem sedemikian. Afdlin Shauki dan Yasmin pada pandangan aku memang berpotensi untuk memikul tanggungjawab ini. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong mereka jika mahu filem-filem kita hebat di persada dunia.

myLot

March 2nd, 2007 by domo68

Macam-macam hal di era zaman globalisasi ni. Internet merupakan satu penemuan yang sungguh ajaib. Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah tentang satu laman sesawang (web) yang aku baru kenal dan sertai. Baru join kelmarin. Namanya ialah myLot. myLot ini adalah satu komuniti ‘online’ yang menggalakkan orang ramai berforum dan berdiskusi. Setiap penyertaan di dalam forum atau perbincangan tersebut akan dibayar. Selain itu melalui ‘referral’ juga anda akan dibayar. Dengan memperkenalkan ahli baru anda akan dibayar 25% daripada pendapatan ahli baru tersebut. Pembayaran adalah melalui Pay Pal atau e-gold.

Aku berpendapat banyak faedah dengan menyertai myLot ini daripada sibuk dengan ‘chatting’, forward e-mel atau bermain online game. Di antaranya :

a) Boleh baiki Bahasa Inggeris sebab mediumnya adalah dalam bahasa tersebut.

b) Boleh mematangkan diri dengan pelbagai buah fikiran, idea, pendapat dan pandangan terutamanya dari pelbagai bangsa dan negara

c) Boleh tolong promosikan negara, budaya, makanan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

d) Boleh berkenalan dengan rakan dari seluruh dunia dan pelbagai bangsa.

e) Yang pentingnya dibayar pulak tu ..

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk join, silalah ke http://www.mylot.com/?ref=domo68. Dari Malaysia hanya baru lebih kurang seribu (1000) orang yang join. So, apa tunggu lagi … mehlah daftar dan turut serta.

Menjengah Kota London

February 26th, 2007 by domo68

Sudah hampir dua minggu aku tidak menulis blog. Kesibukan waktu dan cuti Raya Cina telah menyebabkan aku tidak berpeluang mencoret di blog ini. Tidak mengapa, hari ini aku mengemaskinikan blog ini.

Aku baru saja muatnaik (upload) beberapa keping foto sewaktu aku berkunjung ke kota London atas urusan kerja pada bulan Julai 2003 yang lalu. Aku ke London bersama Encik Jamal dari Matrade HQ untuk membuat ’site survey’ di pejabat Matrade London. Aku ke sana tidak lah lama lebih kurang selama 5 hari sahaja.

Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki bukan sahaja ke kota London, tetapi benua Eropah. Akhirnya sampai juga aku ke sana. Siapa yang tidak kenal kota London. Puas juga aku meredah kota London dengan berjalan kaki terutamanya di sekitar Oxford Street dan Marble Arch. Cuma agak terkilan tidak berkesempatan untuk menyaksikan EPL terutamanya pasukan Chelsea, pasukan pilihanku. Lagi pun harga tiketnya yang agak mahal dengan tukaran nilai wang Malaysia. Tidak mengapa, mungkin aku akan berkesempatan di masa hadapan.

Ku akhiri blog ini dengan sajak berikut ..

London,
Kau sebuah kota hebat
Sesak dan padat
Warga pendudukmu bersendat-sendat
Berjalan kaki, berkereta, menaiki bas ke pejabat
Mahu sampai cepat
Tepati masa menjadi adat

London,
Namamu gah seantero dunia
Pelbagai cerita dan peristiwa
Pelbagai fesyen diperaga
Pelbagai ragam dan resam manusia
Pelbagai kisah suka duka
Insan miskin dan juga kaya
Yang miskin rempat merata
Yang kaya seronok berpesta

London,
Kau menjadi saksi
Pelbagai perjanjian dimeterai
Pelbagai persidangan dirasmi
Pelbagai pertandingan diadili
Pelbagai isu diteliti

London,
Sesungguhnya aku amat bertuah
Berkesempatan aku untuk menyinggah
Kota idaman semua mahu menjengah
Tersemat pengalaman yang indah-indah

 

SAHALASB
SHAH ALAM
27 FEB 2007, 10:10AM