Setelah membaca pelbagai pandangan dan pendapat tentang isu pelajar-pelajar Melayu kini yang dikaitkan dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan di sebuah komuniti yahoo, aku teruja untuk mengeluarkan pandanganku pula. Pandanganku adalah seperti berikut:
terpanggil saya untuk memberi pandangan dalam isu ini.
bagi saya dua perkara pokok yang sudah semakin hakis
yang menyebabkan isu ini berlaku adalah :
1) BUDAYA MEMBACA
2) BUDAYA BERFIKIR
kerana dua perkara pokok atau dasar di atas yang telah
"NEAR TO ZERO" di kalangan anak-anak melayu dewasa ini
maka berlakulah kepincangan-kepincangan seperti yang
telah dinyatakan.
usaha-usaha sukarela semua pihak dan individu - guru,
ibubapa, profesional dsbnya amat murni dan diperlukan.
tetapi jika dua perkara pokok di atas tidak ada
terutamanya di kalangan anak-anak melayu maka amatlah
malang dan sayang usaha-usaha tersebut.
jika semua pelajar2 melayu di institusi tinggi memiliki
dua perkara pokok di atas, maka tidaklah akan berlaku
senario2 yang telah dinyatakan. kebanyakan rakan2 yang
sebaya atau lebih tua dari saya (39thn) mempunyai
ibubapa yang lansung tidak faham tentang sistem pointer,
semester dan berkaitan universiti .. malahan ada yang
tidak tahu pun mengeja perkataan ‘universiti’, tetapi ia
tidak menghalang pelajar2 melayu generasi ini dari
berjaya di universiti dan dalam bidang pekerjaan. sebab
apa?? sebab ada ‘budaya membaca’ dan ‘budaya berfikir’.
dengan berfikir mereka boleh motivasikan diri. dengan
keupayaan berfikir, mereka sedar tentang perlu konsisten
dalam pembelajaran di universiti dll lagi.
dari kedua budaya ini maka lahirlah karekter dan ciri
orang yang berjaya - daya saing, pandai menonjolkan
keupayaan, berani bersuara, observant, bijak dalam
menyempurnakan tugasan dll lagi.
maka, usaha-usaha untuk memperbaiki dua perkara pokok
ini perlulah difikir, dirancang, dijana, dicari,
dibincang dan yang paling penting dilaksana dan diusaha.
barulah nasib anak melayu kembali pulih.