For Love of The Game
Semalam aku menonton beberapa filem di Astro. Filem yang agak menyentuh emosi aku ialah ‘For Love of The Game’ lakonan Kevin Costner dan Kelly Preston. Ini sebuah filem dah lama sebenarnya, kira-kira 8 tahun yang lalu. Biasalah kan .. kat Astro banyak filem-filem dahulukala yang ditayangkan .. mungkin disebabkan kos murah
Entah kenapa filem tersebut agak mengemosikan diriku. Mungkin ada perkaitan dengan diriku .. he he .. Filem tersebut sebenarnya adalah berkaitan dengan watak utamanya Billy Chapel, seorang pemain baseball pasukan Detroit Tigers. Beliau menghampiri usia 40 tahun, macam akulah tahun depan nak masuk 40 .. dah nak Midlife crisis lah tu agaknya, dan sedang dalam dilema untuk bersara setelah bergelumang selama hampir 20 tahun dalam liga baseball.
Kevin Costner, sebagai seorang pelakon yang berbakat, sungguh berjaya menghayati wataknya dengan pelbagai karakter dan cabaran-cabaran dalam hidupnya terutama sekali berkenaan kisah cintanya yang berkonflik dengan cintanya terhadap baseball. Begitulah Hollywood, dengan garapan plot cerita atau story line yang menarik, pengarah yang bagus dan pelakon-pelakon gred A seperti Kevin Costner dan Kelly Preston, isteri John Travolta, filem-filem mereka sangat bagus.
Di harap Malaysia juga mampu membuat filem-filem sedemikian. Afdlin Shauki dan Yasmin pada pandangan aku memang berpotensi untuk memikul tanggungjawab ini. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong mereka jika mahu filem-filem kita hebat di persada dunia.